Terima Kasih
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang terlibat sama dalam menjayakan penghasilan cerita ini terutamanya Dr Huang Chwei Ing iaitu pensyarah kursus EDUP3133, Teknologi Dalam Pendidikan. Tanpa sokongan dan dorongan beliau, semua ini tidak akan terhasil. Terima kasih juga diucapkan kepada ahli kumpulan yang memberikan kerjasama padu dalam menghasilkan karya ulung ini.

Pesta Kaul:
Pengalaman Razif
Pengarang:
Muhammad Shahir Amani Bin Mohd Shukri
Nur'ainaa Fathanah Binti Affendi
Calamina Janta Anak Lias
Editor:
Huang Chwei Ing
Penerbit:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Sarawak
Jabatan Pendidikan Holistik
Jalan Bakam, 98009 Miri
Sarawak, Malaysia
Hak Cipta Terpelihara @2025 oleh IPGM Kampus Sarawak, Miri, Sarawak
Pada cuti sekolah yang lepas, Razif berasa sangat sedih kerana dia tidak dapat pulang ke rumahnya. Ibu dan bapanya sibuk bekerja dan tidak dapat menjemput Razif di sekolah. Secara kebetulan, Razif telah diajak oleh rakannya, Aniq untuk pulang ke kampung halamannya.
Rumah Aniq terletak di Kampung Igan, Mukah. Kampung Igan berjarak tiga jam dari sekolah Razif iaitu SMK Bandar Bintulu.
Razif dan Aniq dijemput pada waktu petang oleh Pak Jamil iaitu ayah Aniq. Sepanjang tiga jam perjalanan ke Kampung Igan, Razif menikmati pemandangan yang sangat indah. Jalan raya yang diiringi oleh pokok-pokok hijau serta sawah padi yang sangat cantik.
Mereka sampai di rumah Aniq pada waktu malam. Banyak lampu warna-warni menghiasi sepanjang jalan raya Kampung Igan. Razif sangat terpukau melihat keindahan kampung tersebut.
Ketika mereka sampai, Mak Jah iaitu ibu Aniq sudah menanti kedatangan mereka di depan pintu. Razif disambut mesra oleh Mak Jah. Razif bersalaman dengan Mak Jah terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah.
Razif dan Aniq mandi terlebih dahulu sebelum makan. Setelah selesai menyalin pakaian, Razif menghidu aroma makanan yang begitu lazat. Mak Jah mengajak Razif dan Aniq untuk makan malam bersama-sama. Terdapat banyak juadah makanan yang menyelerakan hasil air tangan Mak Jah seperti ayam masak merah, sayur dan air kelapa. Razif menikmati hidangan makanan dengan sangat berselera.
Selepas makan, mereka berbual di luar rumah sambil melihat pemandangan lampu yang berwarna-warni. Mak Jah memberitahu Razif keesokan harinya ada Pesta Kaul di Pantai Igan. Mak Jah mengajak mereka pergi bersama-sama. Razif sangat teruja. Setelah selesai berbual, mereka tidur awal pada malam tersebut.
Keesokan harinya, Razif bangun dan mandi dengan penuh semangat. Mak Jah meminjamkan baju tradisional Melanau kepada Razif untuk dipakai olehnya. Kemudian, mereka pergi ke tapak Pesta Kaul dengan menaiki bot yang dipandu oleh Pak Jamil selama 10 minit. Penduduk kampung yang lain turut menaiki bot ke tapak Pesta Kaul.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $4.19+) -
BUY THIS BOOK
(from $4.19+) - DOWNLOAD
- LIKE
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!