Ribuan terima kasih buat keluarga dan para sahabatku, yang banyak memberi sokongan bagi menghasilkan cerita kanak-kanak dalam era yang penuh cabaran ini. Moga buku ini dapat menjadi ladang pahala kita, di samping menjadi panduan pada anak-anak kecil kita yang baru mengenal dunia.
Idea asal : Roslidawati Ramli
Konsep : Abu Riah Daing Pesauk
Penulis : Hafizah Rasit & Nazihah Malek
Editor : Zainun Abdullah & Huzairul Azrin
Ilustrator : Reza Shahrin & Zunaidi Ismail
Promosi : Che Khairiah Kamaruddin

Kisah 1 : Ros dan Budak Nakal di Kantin
Waktu rehat tiba. Ros berjalan ke kantin bersama rakan-rakannya, Fizah, Zihah dan Nur. Mereka beratur untuk membeli makanan dan minuman. Ros membeli segelas minuman dan mencari meja makan yang kosong.
Tiba-tiba, seorang budak lelaki menolak bahunya dari belakang. Ini menyebabkan air di dalam gelas tersebut tumpah kesemuanya. Ros terkejut. Dia berpaling dan menegur, “Jangan tolak! Itu bukan cara yang baik.” Budak lelaki itu mencebik dan berkata, “Awak yang salah!”
Ros cuba bersabar. Tapi ketika dia mahu mengutip gelas yang terbalik itu, budak lelaki tersebut menyentuh tangannya secara tiba-tiba. Ros segera tarik tangan dan menjauh.
“Itu tak sopan! Jangan sentuh saya sesuka hati!” bentaknya dengan tegas.
Seorang guru yang berada di kantin datang menghampiri. Ros memberitahu guru tentang apa yang terjadi. Budak itu dibawa ke bilik guru disiplin. Selepas itu, Ros duduk semula dengan kawan-kawannya. “Kalau kita rasa tak selesa, kita mesti berani bersuara,” katanya. Rakan-rakannya mengangguk. “Betul tu, Ros. Kita kena jaga diri dan hormat orang lain.”
Kisah 2 : Reza Tidak Selesa
Reza adalah adik Ros. Reza dan Faris adalah kawan baik . Mereka selalu bermain bersama di taman permainan selepas sekolah. Tapi akhir-akhir ini,
Faris suka memeluk Reza dan pernah memegang paha Reza ketika mereka duduk bersama.



Pada mulanya, Reza diam sahaja. Tapi lama kelamaan dia rasa tidak selesa dan pelik. Dia pun berkata, "Faris, saya tak suka awak peluk saya kuat-kuat atau pegang paha saya. Saya rasa tak selesa." Faris terkejut dan berkata, "Oh, saya tak tahu awak tak suka. Maaf ya Reza."
Reza berasa lega kerana sudah berani bersuara. Dia juga memberitahu kakaknya, Ros, tentang apa yang berlaku. Faris juga berjanji untuk tidak melakukan sentuhan yang tidak disukai Reza.
Kakaknya berkata, "Bagus Reza sebab berani bersuara. Kalau ada sesiapa pun yang buat Reza tak selesa, cepat-cepat beritahu orang dewasa yang Reza percaya." Selepas itu, mereka pun pulang ke rumah dengan gembira.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(16)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) - DOWNLOAD
- LIKE (16)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(16)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!