Pengakuan Penulis
Buku ini adalah hasil karya asli yang diilhamkan oleh penulis cilik, Alyousra Saleh, seorang murid berusia 8 tahun yang sangat meminati dunia penceritaan dan seni ilustrasi. Dengan bimbingan serta sokongan sepenuhnya daripada ibunya, Elpisuria, buku ini berjaya dihasilkan sepenuhnya melalui kreativiti dan daya imaginasi penulis sendiri.
Setiap watak, jalan cerita, dan ilustrasi dalam buku ini adalah 100% ciptaan asal penulis, tanpa meniru mana-mana bahan sedia ada. Segala proses penulisan, penyusunan, dan reka bentuk visual telah dijalankan menggunakan platform digital seperti Canva dan StoryJumper, menjadikan buku ini bukan sahaja hasil kerja tangan seorang anak kecil, tetapi juga simbol kebolehan dan usaha gigih dalam dunia teknologi kreatif.
COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!