Buku ini mengisahkan tentang percutian tiga beradik iaitu Syafiq, Sarah dan Intan ke kampung. Percutian ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan tetapi juga menjadi satu percutian yang penuh bermakna buat mereka.

Cuti sekolah kembali lagi. Syafiq, Intan dan Sarah berasa tidak sabar untuk bercuti di kampung datuk dan nenek di Melaka. Tugas ibu dan bapa mereka yang kerap ke luar negara, menyebabkan ketiga-tiga beradik itu mengambil keputusan untuk bercuti panjang di kampung. Pastinya Bibik Imah akan dibawa bersama-sama.



“Sarah!” terdengar laungan Intan dari ruang tamu.
“Ya, kakak. Sarah sedang kemas ni!”
“Kita ada masa satu jam je lagi. Nanti tertinggal bas.”
“Syafiq mana?” Terus Intan teringat pada seorang lagi adiknya, Syafiq.
“Ya, kakak. Syafiq ada di sini! Tiba-tiba Syafiq muncul di luar pintu bilik Sarah.

Intan hanya memerhatikan telatah kedua-dua adiknya. Walaupun Syafiq baru berumur 14 tahun tetapi sikapnya jauh lebih matang daripada usia. Malah Syafiq mampu menyelesaikan sebarang masalah dengan tenang cuma kadang-kadang sikap ingin tahunya agak berlebihan. Sarah pula hanya muda dua tahun daripada Syafiq tetapi mungkin kerana anak bongsu maka dia agak manja sedikit.

Lima puluh minit kemudian, mereka tiba di stesen bas TBS. Mujur masih sempat lagi. Sepuluh minit lagi bas akan bergerak. Cepat-cepat mereka bersalaman dengan ibu dan ayah. Encik Suhaimi berpesan kepada Bibik Imah supaya sentiasa memastikan anak-anaknya menjaga kelakuan sepanjang sebulan berada di kampung. Memandangkan ini merupakan cuti akhir tahun, jadi mereka akan bercuti panjang.
Lebih kurang satu setengah jam perjalanan, mereka tiba di stesen bas Melaka. Sebaik sahaja turun, datuk dan nenek mereka sudah pun menunggu.
“Nenek!”
Sarah terus berlari laju lalu memeluk erat neneknya. Rindu betul Sarah dengan neneknya itu. Syafiq pula terus memeluk datuknya. Intan hanya tersenyum melihat adik-adiknya melepaskan kerinduan mereka.
Datuk cepat-cepat mengingatkan nenek yang masih tidak melepaskan Intan dan Sarah.
“Cuti kali ini datuk ada banyak projek untuk kamu, Syafiq.”
“Projek apa, datuk? Mesti seronok kan!”
Syafiq teruja apabila mendengar kata-kata datuknya. Dia memang berminat dengan apa-apa sahaja projek yang diusahakan oleh datuknya.
“Sabarlah, Syafiq. Datuk ceritakan tentang projek itu esok. Kamu semua berehat dahulu.”
Sesampai sahaja di rumah, Nenek, Intan dan Sarah terus menuju ke dapur. Tiba-tiba Sarah ternampak deretan mangkuk yang sangat cantik.
“Mangkuk apa tu nenek?”
“Oh, itu orang panggil mangkuk tingkat! Gunanya untuk memudahkan kita mengisi lauk yang berasingan dalam satu tempat.”
Sarah kagum melihat mangkuk tingkat tersebut. Baginya mangkuk tersebut sangat unik dan menarik. Selain itu, tak perlulah menggunakan plastik untuk mengisi makanan. Jimat dan lebih selamat.
Pagi-pagi lagi datuk dan Syafiq telah tiba di masjid berdekatan. Datuk dan Syafiq terus mengisi ruang saf. Selesai sahaja solat, datuk bersalaman dengan semua jemaah yang ada sambil memperkenalkan cucunya, Syafiq.
“Dah besar cucu Pak Mail ni ya! Rasanya dah lama juga dia tak pulang ke sini.” Salah seorang jemaah menegur datuk sambil memandang Syafiq.
“Kamu pun dah lama juga Pak Mail tak jumpa. Pak Mail ada juga dengar kamu akan mengusahakan tanah tinggalan bapa kamu tu. Betul ke?”
“Ya, Pak Mail. Maklumlah, saya ni sebatang kara. Kalau bukan saya, siapa lagi.” Malik menjawab soalan daripada Pak Mail.
“Bagus juga keputusan yang kamu buat. Cuma janganlah kamu rasa kamu tu seorang diri. Kami semua kan ada. Kamu tak keseorangan, Malik. Kalau kamu perlukan bantuan, beritahu je Pak Mail.” Pak Mail menepuk-nepuk bahu Malik dengan mesra. Baginya Malik bukan orang lain. Sudah seperti anaknya juga.
Dua hari kemudian, selepas solat subuh, datuk dan Syafiq terus bersiap-siap untuk membantu Malik menanam benih cili dan serai di kebunnya. Nenek pula seperti biasa membekalkan datuk dan Syafiq dengan nasi dan lauk-pauk untuk sarapan nanti. Sudah tentunya menggunakan mangkuk tingkat yang memang banyak tersimpan di dalam almari rumah.
Sesampai sahaja di tanah Malik, beberapa orang lelaki telah berada di sana. Tidak lama kemudian, sebuah lori membawa benih cili dan serai pun tiba. Pekerja-pekerja lelaki tadi terus mengambil benih-benih tersebut dan membawanya ke tempat yang hendak ditanam. Tanah yang sudah siap dibajak memudahkan lagi proses penanaman dimulakan.
Pekerja-pekerja tersebut mula menjalankan tugas masing-masing.
“Kita rehat dulu, Pak Mail. Saya pun ada hal nak berjumpa dengan kawan-kawan lama. Petang nanti saya suruh pekerja-pekerja tu sambung semula. Rasanya Pak Mail dan Syafiq bolehlah pulang. Kasihan pula saya lihat kulit Syafiq yang putih ni bertukar gelap.” Malik mengusik Syafiq yang sedang mengelap peluhnya.
Datuk, Syafiq dan Malik terus melangkah menuju ke kereta. Mereka mula memasukkan peralatan seperti cangkul dan beberapa peralatan lain ke dalam kereta.
“Syafiq, jangan lupa mangkuk tingkat yang kamu bawa tadi. Nanti nenek kamu tanya pula.”
Syafiq terus ke tempat dia dan datuk berehat untuk makan tetapi mangkuk tingkat yang dicari tidak ada di situ.
Hairan juga Syafiq tetapi dia abaikan sahaja. Mungkin nanti minta Abang Malik tolong carikan.
Seminggu kemudian, penduduk kampung dikejutkan dengan berita tentang kecurian di rumah Pak Hamid. Barangan yang hilang antaranya barang kemas dan duit hasil jualan warung. Semua tertanya-tanya kerana selama ini kampung itu aman daripada sebarang masalah. Apa lagi kes kecurian yang melibatkan orang kampung.
Berita itu menjadi bahan bualan penduduk kampung. Datuk dan Syafiq yang berada di masjid, turut terkejut. Sebaik sahaja pulang ke rumah, datuk terus menyampaikan berita tersebut kepada nenek.
“Limah, awak ada dengar berita tentang rumah Hamid dimasuki pencuri malam tadi?” Nenek terkejut mendengar berita tersebut daripada datuk.
“Pencuri? Tak ada pula saya dengar. Bukankah selama ini kampung kita aman daripada perkara-perkara begini?” Nenek terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh datuk. Sarah dan Intan yang turut mendengar berita tersebut, ingin tahu lebih lanjut.
“Apa maksud nenek?”
“Sarah, sebelum ini tidak pernah berlaku kecurian. Kalau ada pun sepuluh tahun lalu. Memanglah semua orang akan terkejut kerana berlaku semula sekarang!”
Sarah dan Intan saling berpandangan. Syafiq yang mendengar tentang hal itu turut berasa hairan.
“Syafiq, mari kita sambung tugas semalam. Kes kecurian tu biar polis sahaja yang selesaikan. Nanti tahulah kita siapa yang bertanggungjawab, Lagipun kita dah janji dengan Abang Malik kamu.”
Sebaik sahaja selesai bersarapan, datuk dan Syafiq terus menuju ke kereta dan bergerak ke rumah Malik. Ketika mereka tiba di sana, Malik dan pekerja-pekerjanya sudah pun memulakan tugas.
“Malik, ada kamu dengar berita tentang kecurian di rumah Pak Hamid?”
“Kecurian? Bila berlaku Pak Mail?” Malik memandang Pak Mail dengan wajah terkejut.
“Malam tadi. Hairan juga sebab sebelum ini tak pernah berlaku kejadian begini. Kejadian terakhir pun berlaku sepuluh tahun lepas.”
Malik terdiam apabila mendengar kata-kata datuk. Dia tidak bertanya apa-apa selepas itu dan meneruskan tugasnya bersama-sama pekerja yang lain.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
Untuk adik-adik semua, kisah ini akan disambung dalam buku seterusnya iaitu Misteri Mangkuk Tingkat (2).
Jumpa lagi!

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(65)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $6.19+) -
BUY THIS BOOK
(from $6.19+) - DOWNLOAD
- LIKE (65)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(65)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem

COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!